top of page
Search

TOP 5 : Hiasan Islamik Terbaik Untuk Rumah Anda!

Updated: Dec 22, 2021

Rumah adalah "syurga" bagi semua. Inilah tempat untuk kita beristirehat bersama keluarga, berkumpul dan menjalani kehidupan harian. Oleh sebab itu, rumah haruslah dijaga dan dihiasi dengan sempurna mengikut citarasa masing-masing. Disini kami akan memaparkan 5 hiasan kanvas islamik yang boleh menjadikan kediaman anda lebih ceria dan menarik! Seni cetakan modern kanvas kini semakin popular!




No. 5 : Allah & Muhammad

Kalimah Allah & Muhammad teramat sinonim dengan umat islam yang mahu sentiasa mengingati Allah dan Rasulullah. Hiasan kanvas sebegini amatlah sesuai untuk menghiasi ruang tamu rumah seseorang. Ia mampu memberi ketenangan dan kecantikan yang juga boleh sentiasa mendekatkan diri kita dengan Allah dan Rasul. Hiasan kanvas yang bercorak emas dan berlatarbekangkan warna hitam atau gelap sering menjadi pilihan ramai.




No. 4 : Surah Al-fatihah


"Penghulu segala surah". Itulah yang sering dikatakan tentang surah Al-Fatihah. Hiasan yang memaparkan surah ini sering menjadi pilihan penghias rumah malah pejabat, sinonimnya surah ini dengan kehidupan umat islam memang ternyata menjadi surah "favorite" untuk dijadikan hiasan penyejuk mata dan penenang hati. Terdapat banyak pengusaha seni khat juga mengakui, jualan untuk surah Al-Fatihah memang sentiasa laris. Kami juga ada menjualnya!



No. 3 : Zikir & Selawat

Hiasan yang memaparkan kalimah atau ayat berbentuk zikir juga memang 'popular'. Zikir-zikir yang sering menjadi pilihan semestinya seperti; Alhamdulillah, Allahuakbar, Astaghfirullah dan Subhanallah. Ia bukan saja dapat mengindahkan ruangan, malah turut menggalakkan yang melihatnya secara automatik turut berzikir mengingati Allah. Selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W juga sering menjadi pilihan ramai keran betapa besarnya pahala selawat untuk yang membacanya.



No. 2 : Ayat Kursi

Jika disebut sahaja mengenai ayat ini, kita pasti akan mengaitkannya dengan keselamatan dan pendinding untuk kediaman umat islam. Ayat yang diambil daripada sural Al-baqarah ini dikatakan oleh para ulama' mempunya pelbagai khasiat jika diamalkan. Antaranya; Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan. Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Begitulah hebatnya ayat ini. Untuk itu tidak hairanlah begitu ramai umat islam memilih untuk menghiasi rumah dan kediaman dengan ayat ini yang datang dengan pelbagai bentuk hiasan. Kanvas Ayat Kursi juga kini sering menjadi pilihan ramai!



No. 1 : Kaabah


Kiblat umat islam! Ya, memang tidak asing lagi bagi majoriti umat islam untuk menghiasi kediaman dengan gambar atau imej Kaabah. Ramai dari kita yang pernah ke kota suci Mekah akan sentiasa rindu untuk kembali ke sana. Untuk mengubati kerinduan tersebut, kita pastinya akan menggantung hiasan gambaran Kaabah di ruang tamu, ruang solat malah pejabat atau kedai kita. Bagi yang belum diberikan rezeki untuk menjejakkan kaki di tanah suci juga tidak dapat tidak gemar memilih hiasan sebegini untuk dijadikan penaik semangat untuk bercita-cita dan berusaha untuk kesan. Hiasan gambar kaabah sering diletakkan pada pelbagai medium seperti piring hiasan bergambar, frame kaca, sulaman malah pada sejadah. Disini, kami juga ada produk hiasan kanvas vintage kaabah yang menarik dan menjadi 'top produk' yang paling laris! Allahuakbar!.






#bloggingtips #Blogislamik #viral

38 views0 comments
bottom of page